Kelab Kebudayaan

 


Ohhh... kali ini aku dah buat keputusan yang... entahkan betul, entahkan tidookk... Tapi, aku harap sangat keputusan aku kali ni betul 100% ! Keputusan apa yang aku dah buat? Ohh, nak tahu ke? ok-2, kita bagitahu...

Bulan lepas, ada dua tiga orang budak tingkatan 4 / 5 masuk kelas kitorang buat pengumuman. Diaorang tanya, siapa nak masuk Kelab Kebudayaan, bolehlah tulis nama dekat kertas yang diaorang bagi. So, aku pun tertariklah. Azah, Fira, Nurul, Ain, Dayang, Syakirah dah setuju nak masuk. Aku apa lagi? Terus tulis nama dekat kertas diorang tuhh.. Macam best je kelab ni.

Dipendekkan cerita, masa perhimpunan selasa lepas, pengawas ada bagitahu yang kelab kebudayaan akan diadakan pada hari ..? Rabu (semalam). Kitorang pun, kemain eksited lagi. Tersengih-sengih macam selipo koyak. 

Dan masa yang dinanti-nantikan pon datang jugak. Kitorang disuruh berkumpul dekat tapak perhimpunan yang tengah panas gilos. Tapi sebelum tu kitorang kena tulis nama dulu. Bayar RM1, untuk lawatan! YEAY!

Bila dah berkumpul kat tapak perhimpunan tu, kan.. kitorang pun mulalah buat barisan. Lepas tu ikut cikgu menari kat depan. Mula-mula seganlan jugak... :P:P:P

Yang sakitnya kan, kitorang kena buat tangan macam.. ar.. apa ya??? K, korang kenalkan Usop wilcha? Alaaaa.. yg berlakon dalam cerita Zombi Kpg Pisang dengan Hantu Kak Limah Balik Rumah tuuu... haaa... kitorang kena buat tangan macam dialah..

sila angkat tangan macam saye


Tu baru tangan. Belum lagi kaki, belum lagi badan. Aduh.. sakit 1 badan. Nak menulis pun macam siput. Lambat semacam. Tapi, memang best. Kalau nak rasa, trylah. Belum cuba, belum tahu ;) HAHAHAH.

0 Sweet Strawberries: