Pengalaman Pertama Buat Blog..




Hai, semua! Selamat hari Sabtu.. Okey, agaknya, macam manalah pengalaman pertama korang buat blog? Dan macam mana korang boleh kenal apa itu blog?? Adakah korang terdengar perkataan blog ini dari radio? Ataupun televisyen? K, apa-apa pun. Terpulanglah.. 

Dulu dulu.. aku ni bukannya pandai buat blog pun. Kalau korang nak tahu, inilah blog pertama yang aku jumpa sebelum aku mula bikin blog sendiri :P

SEJARAH CINTA MASTURA

Masa tu, kan.. aku mana tau maksud blog. Tengok tengok.. nampak macam best je? Hmm... nak buatlah! So aku pun klik perkataan 'Create Blog' dekat navbar blog tadi. Jadi, aku pun isilah apa-apa yang dia minta. Then, siap! Sedihnya aku masa tu. Sebab apa? Sebab tak ada orang pun nak ajar aku buat blog *itupunnaksedih* .. Hmm kalau dah takda orang nak ajar tu, kenalah buat sendiri... berdikari siket.. Oh ya. Blog pertama yang aku buat dulu aku dah delete. 

Suatu hari, masa aku tengah leka main Facebook, tiba-tiba ada satu pages ni.. pages Sinetron Kejora Dan Bintang. Haaa.. aku pun dah tak ingat page SKDB yang mana satu. Kalau korang search dekat pesbuk, kan.. berlambak-lambak pages KDB yang korang jumpa. Peningla nak carik. Jap, nak tau apa status dia? Dia tulis..

"Siapa ada blog :)?" >>lebih kurang<<

Then adalah 3/4 orang yang tulis alamat blog dia kat status pages tu. Antaranya ialah, Sejarah Cinta Mastura tadi, dan yang ni.. Blog comel ni.. Chaca Nadia Story. Rasanya dia Admin pages tu, kot? Kkk... bila aku tengok je blog Chaca tu, kan... Wow, cantiknya blog ni.. Tapi... macam mana nak buat??? Macam yang aku cakap tadi, masa tu aku mana reti nak edit blog.. Then... aku biar jela blog tuu.... Berhari-hari, berbulan-bulan aku tak update.. MALAS. Lama-kelamaan aku pon.. terjumpalah blog tutorial pertama.. iaitu... Tutorial Untuk Blog .. Dari situlah aku belajar buat blog guna google account.. dulu mana ada.. 

Dan sekarang... Blog LYSSA FAIZUREEN lah pilihan kedua aku! Macam-macam boleh jumpa dekat sana.. Tutorial, tips dan yang paling aku suka, FREEBIES :p. Dan tutorial2 tu banyak membantu aku. Thank Kak Lyssa!!!

K... BYE ;)

0 Sweet Strawberries: