I'm Back !
Alhamdulillah.. akhirnya aku selamat tiba dirumah ! Lepas 4 hari berkhemah kat sekolah, akhirnya dapat balik jugak ! Siapa tak gembira kalau dapat jumpa keluarga semula lepas lama berpisah? Memang tipulah kalau aku cakap, aku tak penat. Yelah, selama empat hari tu, ada banyak sangat aktiviti sampai tak boleh nak rehat untuk sejam dua. Paling lama pun 10/5 minit. Waktu malam pun adalah 4/5 jam masa untuk kitorang tido.. tu pun masih tak cukup jugak.
Selama empat hari tu, aku jumpa banyak kawan baru. Tapi, yang sebaya tak adalah kot. Entah.. aku tak berapa tau sangat pasal tu. Okey, kalau nak tau lebih banyak lagi cerita pasal kem Mukhaiyyam ni, tunggu entrynya nanti, taauuu... :)
0 Sweet Strawberries:
Post a Comment