Kenapa Aku Jadi Pendiam ?

Assalamualaikum..



Ramai kawan-kawan aku tanya. "Kenapa kau ni pendiam sangat, hah?". Oh, yeke? Ada aku kisah? Ini hidup aku okeeeyy? <--- mintak maaf . ayat ini kurang ajar sikit. Yalah.. aku hairan jugak. Kalau aku pendiam sekalipun... aku menyusahkan dia ke? Aku kacau hidup dia ke? TAK! Jadi, apa masalah dia? 

Mungkin aku ni dah ditakdirkan begitu atau tak yakin pada diri. Atau aku ni memang sesuai jadi pendiam. Tapi, pendiam aku ni bertempat. Kalau orang mintak pendapat aku cakaplah~

Satu lagi.. aku rasa aku ni garang dengan budak laki. Eloklah tu. Aku nak jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kan bagus tu ? :)

Aku ni, kalau ada budak laki ajak bercakap. Aku diam je. Malas nak layanlah maksudnya. Tapi, kalau diaorang perli aku ke hapa? Aku balas dengan sindiran. Tapi, kalau diaorang memang sengaja buat aku marah, aku akan mengamuk macam apa ntah. Ada sekali, aku marah gila sampai baling kerusi. Waahh, kuatnyee.. memanglah , kerusi plastik. Ringan je beb! Ha ha ha!

Tapi, masa tingkatan satu dulu, aku ni peramah kot kat semua orang. Berkawan macam biasa. Dengan budak laki pun aku kawan. Takdelah sampai nak itu ini. Sampailah suatu hari classmates aku cakap. "Weh, ada budak kirim salam dekat kaula.. Hahah..". Apa??? Kirim salam maut dekat dia!

Semenjak peristiwa tu, aku dah tak layan budak lelaki. Kecuali abang aku, sepupu2 lelaki akulaa.


2 Sweet Strawberries:

Winnie Cik Mastura said...

better kita diam dari banyak berkata . :)

Farah Farhana said...

A'ah. betul , betul, betul!