Kawan Baru Lagi ...
Assalamualaikum
Harini penduduk dikelas 2B bertambah lagi Pagi tadi ada sorang budak baru masuk kelas kitorang. Lelaki. Hmm.. budak baru bagi kawan-kawan lain, budak lama bagi Aku, Alifah, Affira & Arif. Kenapa
Sebab, 'budak baru' tu, kawan kitorang masa sekolah rendah dulu. Err.. mungkin Sarah pun kenal dia dari dulu jugak kot. Sebab Sarah pun pernah bersekolah disekolah rendah kami dulu. Tapi, masa darjah 1, dia dah pindah ketempat lain. Dengan kuasa Allah, kitorang bertemu balik kat sekolah menengah
Opps.. lupa nak bagitau nama budak baru tu.. haa, nama dia Othman. Pendek je. Nama panggilan dia pulak Aman. Korang nak tengok muka dia? Nak add dia? Ohh, sorry... aku tak tau nama pesbuk dia
Hah, hari Isnin lepas, Cikgu BI kitorang buat ORAL TEST untuk kali keduaa! Oh My ! Memang aku benci sangat kat oral test ni. Then, tibalah masanya.. nama aku dipanggil untuk tampil kehadapan... Ohh.. aku rasa... taklah gementar mana. Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas, aku rasa tahun lepaslah paling ter0kk.. Uish..! Mana taknya ? Markah 3 aje yang aku dapat. Tapi.. Alhamdulillah jugaklah.. daripada takde markah? Sekarang dah naik jugak ah.. aku dapat..... 6 ! Hehe +3 markah je kot!
Okay, aku nak kongsilah satu tip ni. Macam mana nak kurangkan rasa gementar korang bila berhadapan dengan situasi macam aku. Mula-mula tarik nafas dulu.. tariklah sebanyak mana yang korang nak. Lepas tu cuba bayangkan...(eh, jgn lupa hembus nafas tadi tau ! Hehe) yang kawan-kawan atau sesiapa saja yang kat depan korang tu, ialah patung mainan korang. Macam teddy bear ke? Patung Barbie korang tu ke ..? Kalau korang fikir camtu an.. korang akan rasa.. maybe yakin, kot? Oh.. bagi aku, camtu la. Tak taulah korang pulak macam mana. Tak semua boleh fikir macam tu, kan?
Okey.... mula-mula aku berdebarlah jugak. Tapi, terpaksalah jugak aku menggagahkan kaki untuk ke depan. Bila sampai je kat depan... Ya Allah.. berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk menghadapai ujian ini... "Good morning..." Baru nak sebut perkataan tu, cikgu dah berleter "Hei, awak bercakap dengan diri awak atau saya? Kuat sikit suara tu! Jangan kedekut sangat" Huh. Masa tu aku dah lupa yang teguran cikgu, aku harus terima dengan hati yang terbuka...
Aku pun.. arghh.. sakit hati kot. K, aku ikut cakap cikgu. Aku bercakaplah kuat-kuat sampai tak sedar yang aku tengah bercekak pinggang & mata aku pun dibesarkan. Muahaha. Eh, whateverlah! Haha
Bila selesai je oral test, aku rasa bebas ! Bebas sebebas bebasnya ! Tapi... cikgu ada cakap yang... yang tahun depan... kitorang ada oral test lagi tapi... secara spontan. Bercakap kat depan pulak tu... erhhh..
Hmm.. apa-apa pon aku berserah saja kepada Allah... dan aku kena usaha jugak...
0 Sweet Strawberries:
Post a Comment