Boleh Tak ...




Boleh tak kalau saya jadi seperti kebanyakkan pelajar yang lain.. Punya otak yang cergas.. Punya hati yang cekal.. Punya keyakinan yang tinggi dan punya banyak ilmu pengetahuan?

Boleh tak kalau saya gembira dan ceria seperti kebanyakkan kawan-kawan yang lain? Tidak perlu selalu kesedihan dan termenung jauh... sejauh dan sedalam luka dihati..

Boleh tak kalau saya belajar menhormati orang lain dan orang lain juga boleh hormati saya? 

Boleh tak kalau saya punya kawan yang ramai dan punya 0 musuh ? 

Boleh tak kalau saya jadi budak yang baik tapi .. saya taknak orang yang berhati busuk ambil kesempatan ke atas kebaikan itu ..

Boleh tak kalau saya jadi anak yang solehah dan sentiasa taat kepada perintah Allah s.w.t dan Ibubapa?

BOLEH TAK?

2 Sweet Strawberries:

Alisya said...

insyaallah, boleh.. *comeinya gambaqtucingtuhhh*

Farah Farhana said...

@AlisyaHaha, kalau nk lagi bnyk gamba kucing tomey, search je kat google images.