Aku Nak Kawan Yang Dulu ... .




Tajuk hari ini nampak pelik aje, kan. Ahh, biarkan. Pelik pun peliklah... Janji tetap tajuk.

Kenapa ya, aku nak kawan yang dulu.? Yalah.. Sejak akhir-akhir ni, banyak kawan-kawan aku yang dah berubah. Aku yakin tentang itu. Maklumlah dah masuk sekolah menengah. Apa nak hairan? Lagipun, manusia kan boleh berubah. Tapi, kan bagus kalau berubah dari kurang baik jadi yang lebih baik? Ini tidak, lain pula jadinya. Ada juga yang tidak mahu bertegur sapa lansung. Bila kita tegur, barulah dia buka mulut. Ish3..

Kalau aku duduk di sebelahnya pula, dia diam seribu bahasa. Apa salahnya tegur sikit. Tapi, kalau aku tak tegur.. sorry, jangan ambik hati... :B

Kalau kawan2 aku yang lelaki, aku tak kisahlah. Sebab, aku tak rapat dengan budak laki. Tapi, yang perempuan? Malah ada yang dah lupa kawan. Sampai hati sungguh...

Tapi, aku tetap bersyukur kerana masih ada kawan yang masih sudi bertegur sapa seperti dulu, setahun dua yang lalu... Terima kasih...

Bukan mudah untuk mencari rakan sejati. Ada yang nampak baik diluar tapi didalam siapa tahu. Ada juga persahabatan yang putus di tengah jalan. Paling menyedihkan, ada kawan yang sanggup mengambil kesempatan atas kekurangan dan kelebihan kawannya sendiri..

Tiada gunanya ungkapan 'Awak kawan saya sehidup semati, Awaklah kawan saya dunia akhirat' jika tidak menghargai tali persahabatannya sendiri. Betul, takk?

Jadi, hargailah sahabat anda dan jagalah hubungan itu :) heee~

0 Sweet Strawberries: