Di Sebalik Wajah...



Hai, semua. Hari ni aku nak taip entry tentang satu novel nih. Aku ada sediakan sinopsis tentang cerita ni. Kalau nak baca, bacalah. Kalau taknak aku tak kesah fonn.

Cerita di sebalik wajah mengisahkan seorang remaja iaitu Doktor Fikri yg cacat kulitnya iaitu balar. Nama Doktor Fikri diberikan oleh bapanya sempena nama seorang doktor yg telah mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya. Disebabkan nama dan kecacatan kulitnya yang balar, Doktor Fikri sering diejek dan diketawakan. Namun begitu, di tabah menerima segala dugaan yg menimpa dirinya. Pertukaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal banyak memberikan pengalaman baharu kepadanya. Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz dapat menerima kehadirannya di sekolah itu. Mereka berkawan baik sehinggalah Doktor Fikrii dianiaya oleh tiga orang murid iaitu Narius, Jais dan Jamadi yang juga sering menggangu murid lain.

Satu laporan salah laku mereka telah dilaporkan kpd guru disiplin iaitu cikgu Wahab. Hal ini menyebabkan Narius dan rakan-rakannya berdendam kepada Doktor Fikri. Narius dan rakan-rakannya memasukkan buku-buku perpustakaan dan beberapa dompet ke dalam beg sekolah Doktor Fikri. Guru disiplin telah membuat pemeriksaan mengejut ke setiap kelas. Doktor Fikri telah dipanggil dan disoal siasat namun, dia hanya mendiamkan diri. Selepas kejadian tersebut, rakan-rakannya mula menjauhkan diri kecuali Josy yang masih setia memberikan perangsang dan semangat serta memintanya bersabar dengan dugaan yg menimpa.

Semasa sukan tahunan sekolah, Doktor Fikri gagal menamatkan larian 1500 meter lalu jatuh pengsan. Dia juga kehilangan basikal yang baru dibeli dengan duit simpananya sendiri. Pada suatu hari, seorang murid mengadu kepada Cikgu Wahab bahawa dia ternampak Narius dan rakan-rakannya mencuri basikal Doktor Fikri. Hal ini dilaporkan ke balai polis. Narius dan rakan-rakannya di tangkap atas pelbagai kesalahan yg dilakukan. Mereka ditahan di lokap. Jais dan Jamadi dijamin oleh keluarga masing-masing manakala Narius tidak dapat dibebaskan kerana keluarganya miskin. Doktor Fikri dan bapanya dipanggil untuk mengambil semula basikalnya. Semasa di balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius sedang menangis di samping bapanya yg sudah uzur. Doktor Fikri berasa simpati lalu meminta bapanya menjamin Narius.

Semenjak hari itu, Narius, Jais dan Jamadi insaf dan berubah menjadi baik. Mereka mengaku kepada murid lain bahawa merekalah yang menganiaya Doktor Fikri. Namun, pada masa yang sama, Doktor Fikri berhijrah ke Jepun kerana bapanya bertugas di sana. Setelah setahun, Doktor Fikri dan keluarganya balik bercuti di Malaysia. Kepulangan Doktor Fikri disambut dengan gembira oleh rakan-rakannya. Keluarga Doktor Fikri mengisi cuti mereka dengan bersama-sama mendaiki puncak gunung Kinabalu sebelum kembali ke Jepun semula seperti yang dihasratkan oleh Doktor Fikri.

Penat tangan aku menaip. Komenlah sikit ya. Tak banyak yg aku minta. 1 je cukuplah :D

2 Sweet Strawberries: