Last Day ... At School ..







 
 



 

Pejam, celik, pejam, celik, akhirnya sampai jugak kita ke hari last persekolahan. Tapi, bukan last untuk selama-lamanya tau. Lainlah kalau pelajar tingkatan 6 atas. Memang hari last dorang (kot?)
Tahun hadapan aku masih lagi menuntut di sekolah yang sama tetapi, sebagai pelajar tingkatan 2 bukan lagi tingkatan 1. Satu je yang aku suka di tingkatan 1. Minggu Orentasi c(: ... Tahun ini ada 3 orang cikgu yang akan berpindah... Mereka ialah, Cikgu Asiah, Cikgu Melissa dan Cikgu, cikgu .... Tah apa nama dia.

Tapi, best jugak hari last ni, kan. Hari Isnin hingga hari ini (Rabu) kitorang ditempatkan di dalam dewan kuliah. Kitorang? Siapa? Haaa, semua pelajar tingkatan 1 lah. Best sangat. Yang paling best, kitorang tengok cerita..... Journey To The Centre Of The Earth.

 

Aaaa, tau kan cerita ni. Sumpah, best gila gila ! Dari dulu lagi aku ingin nak tengok cerita ini. Dulu, aku tengok dari komik aje ;). Walaupun part lawak tu taklah lawak mana, tapi bila tengok ramai-ramai boleh jadi lawak gila. Mulut yang terkunci pun boleh senyum senyum. HAHA.

Walaupun ada penghawa dingin, bahangnya tetap terasa. Tapi takpa, bukannya boleh pengsan, pun :)

Dan, dan.... Tibalah masanya untuk balik. Padan muka budak-budak laki kena 'kurung' dalam dewan. Siapa suruh bising mengalahkan gagak :P

0 Sweet Strawberries: